Pemberian Air Percuma Di Johor Tidak Memberi Manfaat Kepada Golongan Berpendapatan Rendah?

TULAR:
329

PENJELASAN :

Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, memperjelaskan dakwaan bahawa pemberian air percuma oleh Kerajaan Negeri Johor tidak memberi manfaat kepada golongan yang berpendapatan rendah sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar : Astro Awani

Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, keputusan pihaknya dalam memberi 10 meter padu air percuma di negeri Johor adalah untuk  membantu golongan berpendapatan rendah.

Beliau menegaskan usaha itu dibuat setelah mengambil kira kemampuan Kerajaan Negeri serta ingin memenuhi manifesto  dan membantu rakyat.

Dengan inisiatif itu, sesebuah isi rumah yang memperoleh bil air, contohnya, RM100 hanya perlu bayar RM90 kepada Syarikat Air Johor (SAJ) Ranhill manakala RM10 lagi disubsidi oleh Kerajaan Negeri.

SUMBER : 

Astro Awani

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI