Pemberian Kad Pengenalan Biru Kepada Pemastautin Tetap Diberi Kepada Kaum Tertentu Sahaja?

TULAR:
3330

PENJELASAN :

Kementerian Sumber Manusia memperjelaskan dakwaan bahawa pemberian taraf kewarganegaraan atau kad pengenalan biru kepada pemastautin tetap adalah dibuat kepada mereka dari kaum tertentu sahaja, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran, pemberian taraf kewarganegaraan atau kad pengenalan biru kepada pemegang kad pengenalan merah serta berstatus pemastautin tetap berusia 60 tahun ke atas adalah untuk semua kaum dan bangsa, dan bukan hanya kepada individu berketurunan India sahaja.

Katanya, sangkaan bahawa pemberian tersebut hanya untuk individu berketurunan India mungkin timbul kerana ramai yang berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu itu adalah ahli-ahli Parlimen berbangsa India.

“Semalam Kabinet menyatakan secara khusus ia untuk semua. Mungkin majoriti kes melibatkan satu kaum namun banyak juga orang Melayu , Cina , Kadazan and Iban memegang kad pengenalan merah.”

SUMBER :

Sinar Harian

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI