Waspada Dari Membenarkan Akaun Bank Diguna Pihak Lain

TULAR:
705

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membenarkan akaun bank mereka digunakan oleh pihak lain terutama sindiket tertentu untuk memasukkan wang dan mengeluarkannya atas arahan pihak ketiga.

Gambar hiasan. Sumber gambar: Kosmo.

Menurut Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abu Hassan Alshari Yahaya, langkah itu penting bagi mengelak akaun mereka digunakan untuk tujuan jenayah termasuk berkaitan dadah.

Beliau berkata,” Biasanya penjenayah akan memberikan sedikit imbuhan kepada pemilik akaun yang mungkin mereka tidak sedar akaun mereka telah digunakan oleh penjenayah. Terdapat lebih 4,000 kes akaun keldai dadah yang disiasat polis tahun lalu,” katanya lagi.

Menurut beliau, sesetengah pemilik mungkin tidak tahu tetapi mereka diperdaya dengan diajar untuk membuka akaun dan menguruskannya mengikut kehendak pihak ketiga.

Tambah beliau, BNM tidak mahu pemilik akaun keldai ini dibawa ke muka pengadilan hanya kerana menerima upah sedikit hasil perbuatan jenayah pihak ketiga.

SUMBER :

Sinar Harian

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI