Jumlah Pembayaran Dikembalikan Berikutan Pembatalan AES?

TULAR:
366

PENJELASAN :

Kementerian Pengangkutan Malaysia memperjelaskan dakwaan bahawa jumlah pembayaran akan dikembalikan berikutan pembatalan AES sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook mengumumkan kesemua saman AES/AWAS sejak 2012 sehingga sehingga 17 Ogos 2018, berjumlah 3.1 juta membabitkan nilai 435 juta dibatalkan.

Pengumuman itu dibuat sempena 100 hari Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran kerajaan terdahulu dan diputuskan dalam mesyuarat kabinet.

Ujar beliau, sistem AES akan diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) bermula 1 September 2018, selepas kerajaan memutuskan untuk tidak lagi menyambung kontrak dua syarikat konsesi AES.

Walaubagaimanapun ujarnya pembatalan saman ini merupakan one off yang mana selepas ini tiada lagi pengurangan saman akan dijalankan, dan pembatalan ini juga membabitkan saman AES sahaja.

Tambah beliau, turut memohon maaf dan mengucapkan terima kasih bagi saman AES yang sudah dibayar, walau bagaimanapun jumlah bayaran berkenaan tidak akan dikembalikan.

SUMBER : 

Facebook rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI