PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya pembubaran Parlimen akan berlaku pada 11 Januari 2018, manakala penamaan calon pula pada 11 Mac 2018.
SEBENARNYA :
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ingin menjelaskan bahawa mesej yang ditularkan di media sosial mengenai kononnya pembubaran Parlimen akan berlaku pada 11 Januari 2018, manakala penamaan calon pula pada 11 Mac 2018 adalah langsung tidak munasabah kerana tarikh pembubaran dan pengundian yang dinyatakan adalah melebihi tempoh 60 hari sepertimana yang dinyatakan di bawah Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa apabila Parlimen dibubarkan suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh ia dibubar.
Oleh itu, orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak mempercayai tarikh-tarikh yang tular kerana hak untuk membubarkan Parlimen adalah di bawah perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong atas nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
SUMBER:
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia