Penahanan PATI Hanya Dilakukan Ketika Operasi Ops Mega?

TULAR:
422

PENJELASAN :

Jabatan Imigresen memperjelaskan dakwaan bahawa penahanan pendatang asing tanpa izin (Pati) hanya dilakukan ketika operasi Ops Mega oleh Imigresen Johor sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Datuk Rohaizi Bahari , pihak Imigresen akan laksanakan operasi setiap hari bagi membasmi kehadiran pendatang asing tanpa izin (Pati) di negeri Johor.

Pihaknya sentiasa bersedia dalam menjalankan tanggungjawab seperti diamanahkan.

Katanya, hampir setiap hari tangkapan dibuat di seluruh negeri ini membabitkan Pati pelbagai warganegara.

Menurutnya, sejak awal tahun lagi usaha tersebut telah dilakukan.

“Saya nak betulkan sedikit di sini  berkenaan ops mega dijalankan 31 Ogos 2018 itu bukan yang pertama. Kita jalankan tugas setiap hari, cuma ops mega itu dihebahkan kerana itu adalah permulaan yang selepas ini setiap Pati ditahan ataupun individu yang melindunginya akan dikenakan tindakan lebih tegas.”

SUMBER : 
Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI