Waspada Produk Kesihatan Tradisional Mengandungi Racun Berjadual Diphenhydramine

TULAR:
853

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati ketika menggunakan produk kesihatan tradisional yang dikatakan mengandungi racun berjadual Diphenhydramine.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Siaran Media KKM:

Hasil pemantauan di pasaran mendapati produk tersebut telah dikesan mengandungi racun berjadual, Diphenhydramine di dalam formulasi produk tradisional. Sehubungan itu, pendaftaran produk ini telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada mesyuaratnya yang ke-326 bertarikh 28 Ogos 2018 berikutan pengesanan racun berjadual tersebut di dalam produk berkenaan yang tidak dibenarkan dalam formulasi produk tradisional.

Produk Tie Da Zhi Tong Gao didaftarkan sebagai produk tradisional untuk kesakitan akibat lebam dan terseliuh serta sakit otot dan sakit sendi. Diphenhydramine merupakan sejenis antihistamin untuk melegakan reaksi alahan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya boleh diperolehi daripada doktor atau ahli farmasi. Kesan sampingan Diphenhydramine yang digunakan secara topical (digunapakai ke atas permukaan badan) termasuk ruam, gatal-gatal serta peningkatan kepekaan terhadap cahaya.

SUMBER:

Kementerian Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI