Peruntukan Untuk Jurulatih Dan Atlet Sukan Negara Akan Dipotong?

TULAR:
623

PENJELASAN :

Kementerian Belia dan Sukan memperjelaskan dakwaan bahawa peruntukan terhadap jurulatih dan atlet sukan negara akan dikaji dan dipotong, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, semua atlet dan jurulatih akan diberi sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) yang akan menjadi penentu kepada jumlah peruntukan yang akan diterima oleh semua pihak terutama persatuan sukan.

Ujarnya, KPI ini akan diberi pada setiap fasa latihan bagi membolehkan mereka tahu mengenai peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, selain bagi memastikan mereka sentiasa berada di landasan yang betul dalam usaha memenangi pingat di temasya besar.

“Bagi sukan-sukan ini, kalau mereka ingin tetap dapat peruntukan yang besar serta ingin mendapat bantuan kerajaan bagi menarik penaja, maka mereka perlu buktikan dapat memberi sumbangan termasuklah memenangi pingat.”

SUMBER :

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI