PALSU :
Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa penduduk setempat di sekitar empangan Bengoh telah dipindahkan kerana struktur empangan itu kini tidak lagi stabil ekoran berlaku kebocoran.
SEBENARNYA :
Menurut Menteri Utiliti Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi, struktur Empangan Bengoh di Padawan disahkan kukuh dan tidak berdepan sebarang risiko kebocoran seperti yang ditularkan susulan simulasi latihan kecemasan membabitkan penduduk setempat baru-baru ini.
Hasil pemeriksaan mendapati empangan ini selamat untuk beroperasi. Justeru, penduduk di penempatan berhampiran, khususnya di kawasan hilir empangan itu tidak perlu bimbang kerana strukturnya diperakui kukuh, malah sentiasa diperiksa secara berkala oleh agensi berkaitan, bagi menampung keperluan air bersih penduduk di Bandaraya Kuching dan kawasan sekitar.
Keseluruhannya, sembilan kampung dan kawasan penempatan terletak berhampiran Empangan Bengoh, dengan sebahagian besar penduduknya terbabit dalam simulasi kecemasan bersandarkan situasi sekiranya empangan itu mengalami kebocoran.
SUMBER :