Waspada Paket Minuman Mengandungi Dadah

TULAR:
1465

WASPADA :

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati mengenai pengambilan produk minuman harian bagi mengelakkan terjebak pembelian produk yang dicampur dengan dadah.

Sumber gambar: Polis Diraja Malaysia.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato’ Sri Mohmad Salleh berkata, hasil risikan dan operasi pihaknya yang dijalankan sejak 2016, sebanyak 30 jenama paket minuman harian telah dikenalpasti mengandungi dadah diedarkan di pusat-pusat hiburan dan parti-parti liar di seluruh negara.

Tambahnya, modus operandi sindiket ini adalah membungkus semula paket asal minuman tersebut setelah memasukkan dadah seperti Syabu, Eramin 5, Ecstasy dan Ketamin ke dalamnya sebelum diedarkan kepada pihak ketiga.

“Strategi baharu sindiket ini mengundang kegusaran sekiranya mereka bertindak berani menjualnya di tempat terbuka seperti kilang, sekolah dan kedai.”

SUMBER :

Facebook Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI