Sungai Sadong, Serian, Sarawak Dicemari Bahan Beracun?

TULAR:
758

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Sungai Sadong yang merupakan sumber air untuk bahagian Serian, Sarawak telah tercemar dengan bahan beracun.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Kementerian Utiliti Sarawak menafikan dakwaan mengatakan Sungai Sadong, laitu sumber air untuk bahagian Serian dicemari bahan beracun.

Berdasarkan sampel ujian diperoleh daripada makmal swasta, keputusan menunjukkan air mentah dan terawat dari Loji Rawatan Air Slabi tidak melanggar piawaian dan spesifikasi Standard Kualiti Air Minum seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan. Tidak terdapat unsur-unsur agro-kimia seperti racun perosak, ammonia dan anion dikesan dalam sampel air mentah dan terawat.

Keputusan ujian makmal untuk kategori racun rumput dan perosak adalah di bawah nilai maksimum yang boleh diterima ditetapkan dalam Standard Kualiti Air Minum (2004). Kepekatan keracunan rumput yang diperiksa dalam air mentah juga di bawah nilai maksimum yang boleh diterima (<0.03 mg / l).

Kementerian Utiliti menerusi Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) turut berpuas hati dengan ujian dilakukan oleh makmal di mana tiada pencemaran dikesan berdasarkan keputusan sampel diambil pada 25 Jun 2018, oleh itu sungai tersebut selamat digunakan sebagai sumber air untuk Loji Rawatan Air Slabi.

SUMBER :

Utusan Borneo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI