PENJELASAN :
Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memperjelaskan dakwaan bahawa nama yang dicadangkan untuk menerima darjah dan pingat kebesaran Pahang tidak disaring terlebih dahulu sepertimana yang hangat diperkakatan di media sosial.
Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, semua nama yang dicadangkan untuk menerima darjah dan pingat kebesaran Pahang perlu menjalani saringan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Titah baginda, perkara itu dijadikan prosedur operasi standard (SOP) baharu penganugerahan yang perlu dipatuhi sebelum baginda berkenan nama individu tersebut selaku penerima.
“Saya juga akan membuat kod etika yang perlu dipatuhi oleh mereka (penerima darjah dan pingat)…tak perlu untuk saya sentiasa mengingatkan penerima supaya menjaga kelakuan mereka.
“Kajian juga akan dilakukan supaya penganugerahan ini akan gugur secara automatik jika mereka didapati bersalah melanggar undang-undang,”titah baginda.
SUMBER :
Utusan Online