Individu Menyamar Sebagai Pegawai Kesihatan Di Changlun, Kedah?

TULAR:
1003

PENJELASAN:

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah memperjelaskan dakwaan kononya seorang individu dilihat menyamar sebagai pegawai kesihatan yang berpura-pura mahu melakukan pemeriksaan di rumah telah bertindak cabut lari setelah penghuni rumah berkenaan memanggil suaminya.

Sumber gambar: Facebook.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail mengesahkan bahawa pegawai yang menjalankan pemeriksaan jentik-jentik di sebuah rumah di Taman Sri Menanti, Changlun, Kedah adalah kakitangan jabatan itu bagi tugas kawalan dan pencegahan demam denggi memandangkan terdapat kes demam denggi dilaporkan.

“Anggota terbabit menjalankan tugas dengan mematuhi prosedur yang digariskan bagi pemeriksaan rumah terbabit. Sebaik pegawai berkenaan memperkenalkan diri, tempat bertugas dan tujuan lawatan, beliau kemudiannya memohon keizinan untuk memasuki rumah bagi tujuan pemeriksaan.”

Namun, menurutnya penghuni rumah yang ketika itu berada jauh di dalam rumah tidak membenarkan kemasukan anggota disebabkan ketiadaan suami, justeru anggota tersebut mencatatkan maklumat rumah bagi tujuan lawatan susulan sebelum beredar ke lorong seterusnya. Norhizan berkata, selesai menjalankan pemeriksaan anggota yang kembali ke pejabat dimaklumkan bahawa gambar beliau telah tular di media sosial, dan beliau bertindak membuat laporan polis mengenai kejadian itu atas faktor keselamatan.

SUMBER :

Utusan Malaysia

Harian Metro

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI