JAKIM Menarik Balik Sijil Halal Syarikat Seng Hin Brothers Sdn Bhd?

TULAR:
6220
Gambar hiasan. Sumber gambar : JAKIM

PALSU:

Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menarik balik sijil halal Syarikat Seng Hin Brothers Sdn Bhd.

Versi Terkini. Tular: Januari 2018

Sumber gambar: WhatsApp

Versi Terdahulu. Tular: Januari 2017

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

JAKIM menyatakan bahawa Syarikat Seng Hin Brothers Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

Selain itu, di dalam tular turut disertakan isu premis makanan yang tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan menjual produk yang diragui status halalnya.

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak JAKIM utamakanlah premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) mengambil kira setiap ramuan dan proses yang berkaitan di dalam pengeluaran sesuatu produk dengan teliti oleh pakar Syariah dan juga Teknologi Makanan.

SUMBER:

Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI