Cubaan Menyamun Pemandu Lori Punca Digilis Lori Tangki?

TULAR:
7004
Sumber gambar : PDRM

PALSU :

Tular di media sosial sebuah rakaman video yang mendakwa kononya seorang individu cuba menyamun pemandu lori di Buloh Kasap, Segamat sebelum dirinya terjatuh dan digilis lori tangki terbabit.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA:

Ketua Polis Daerah Segamat, Suprintenden Raub Selamat menafikan video tular berdurasi 31 saat itu merupakan cubaan samun seperti yang didakwa. “Kejadian berlaku di Jalan Seremban-Segamat berhampiran persimpangan Jalan Tasek Alai, di sini, kira-kira jam 4.45 petang.”

Kes berpunca apabila dua lelaki yang menaiki motosikal tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu lori tangki minyak yang membunyikan hon. Akibat berang dan tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu lori tersebut, pembonceng motosikal berkenaan cuba mengejar dan membuka pintu lori tangki minyak, namun ia mengundang padah selepas dia terjatuh dan kaki kanannya digilis tayar hadapan lori tangki minyak sehingga hancur.

SUMBER :

Sinar Harian

Facebook Buletin TV3


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI