Pelajar Sekolah Positif Influenza H1N1 Di Kuala Pilah, Negeri Sembilan?

TULAR:
497

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat pelajar di Kuala Pilah disahkan hidap H1N1.

Gambar Hiasan. Sumber: h1n1.net

SEBENARNYA:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa khabar angin “anak kawan yang bersekolah di Kuala Pilah sah hidap H1N1” adalah tidak benar. Kes hanya positif influenza A dan bukan H1N1.

Pada 10 Januari 2018, sebuah sekolah berasrama di Jempol, Negeri Sembilan telah melaporkan dua (2) orang pelajar mengalami demam, batuk, sakit tekak dan selsema. Ini merupakan kluster pertama Influenza-Like-Ilness (ILI) yang dilaporkan berlaku di sekolah dalam Negeri Sembilan dan semenjak itu tiada laporan wabak ILI dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdulah menyeru orang ramai supaya berhenti menyebarkan berita-berita yang belum disahkan kesahihannya. Tindakan tidak bertanggung-jawab ini boleh menyebabkan masyarakat panik.

SUMBER:

KKM

Berita Harian

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI