Elakkan Dari Memakai Barang Kemas Ketika Thaipusam Di Batu Caves

TULAR:
1090

WASPADA :

Pengunjung dinasihatkan supaya mengelakkan diri dari memakai barang-barang kemas ketika menyambut Thaipusam di kuil Batu Caves 31 Januari 2018.

Gambar hiasan. Sumber gambar: Telegraph.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata ini bagi menyekat penjenayah daripada mengambil kesempatan dalam kesibukan orang ramai semasa perayaan itu.

“Mereka yang bercadang ke kuil Batu Caves (diminta) agar berhati-hati, memandangkan keadaan yang dijangka sesak di sana. Senjata dan bahan letupan dilarang dibawa ke situ,”

Tambahnya, jumlah pegawai dan anggota polis yang mencukupi akan dikerahkan ke kawasan berkenaan beberapa hari menjelang Thaipusam, yang jatuh pada 31 Jan, dan beberapa hari selepasnya. Ini selain bantuan dari Majlis Perbandaran Selayang, Hospital Selayang dan mereka dari beberapa agensi lain, menurutnya.

SUMBER :

Facebook Polis Diraja Malaysia

Bernama

Berita RTM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI