Ubat-Ubatan Dan Vaksin KKM Mengandungi DNA Babi?

TULAR:
3192

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa ubat-ubatan dan vaksin yang dibekalkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada pesakit mengandungi ‘deoxyribonucleic acid’ (DNA) babi.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Timbalan Menteri KKM, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata dakwaan menyatakan ada ubat-ubatan dan vaksin yang diberikan oleh kementerian itu mengandungi DNA babi adalah tidak berasas, sebaliknya kesemua ubat-ubatan dan vaksin yang diberikan kepada pesakit halal dan selamat digunakan.

“Dulu lagi kita dengar ada kumpulan tertentu yang antivaksin kerana mendakwa ia mengandungi DNA babi tapi sekarang ini timbul pula isu kata bukan saja vaksin, malah ubat-ubatan yang diberikan oleh KKM turut mengandungi perkara sama. Mereka yang membuat tuduhan itu tidak mendapatkan maklumat yang betul dan sahih, hanya mencari menerusi Internet saja. Mudah untuk mereka jadi ‘doktor google’ dan bagi maklumat tidak betul kepada masyarakat.”

SUMBER :

Berita Harian

MStar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI