PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya pihak penganjur telah membuat permohonan bagi mendapatkan lesen penganjuran Klang City International Marathon.
Pejabat Pesuruhjaya Sukan menegaskan bahawa pihak mereka tidak menerima sebarang permohonan bagi mendapatkan lesen penganjuran Klang City International Marathon.
Justeru, acara larian tersebut telah dilaksanakan tanpa kebenaran daripada Pesuruhjaya Sukan selaku pihak yang mengawal selia sebarang penganjuran acara sukan dalam Negara.
SUMBER:
Twitter Kementerian Belia dan Sukan