Pewaris Terima Harta Pusaka Peninggalan Orang Meninggal Dunia Melalui Emel?

TULAR:
480

WASPADA: 

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai dengan sebarang emel yang menyatakan anda sebagai pewaris harta kepada seseorang yang tidak dikenali.

Sumber gambar: rebelcircus.com

Antara modus operandi yang dikenalpasti digunakan oleh sindiket:

– Sindiket akan memaklumkan kepada mangsa bahawa anda telah dikesan sebagai pewaris untuk menerima harta pusaka peninggalan seseorang yang telah meninggal dunia.

– Harta tersebut biasanya berada di luar negara. Beberapa dokumen sokongan dari jabatan kerajaan tertentu, badan kehakiman, mahkamah, Bank Negara Malaysia dan sebagainya disertakan untuk menyakinkan mangsa.

– Mangsa sama ada rakyat Malaysia sendiri atau luar negara yang kononnya datuk/moyang mereka pernah sewaktu ketika dulu berada di Malaysia dan merupakan hartawan yang tidak mempunyai waris selepas kematiannya.

– Dalam kes-kes seumpama ini, suspek akan mengenakan bayaran untuk menguruskan perpindahan wang tersebut kepada mangsa.

– Mangsa berasa tertipu apabila mendapati harta yang dijanjikan tidak diperolehi dan individu yang berperanan sebagai orang tengah menghilangkan diri.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan:

  1. Abaikan emel atau mesej yang memaklumkan perkara sedemikian.
  2. Jangan sesekali memindahkan wang kepada sesiapa yang tidak dikenali melalui internet.
  3. Laporkan segera kepada pihak polis sekiranya anda telah menjadi mangsa sindiket seperti di atas.

SUMBER:

Facebook Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI