PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononya terdapat empat lelaki bersenjatakan M-16 dipercayai pengganas Sulu, datang ke Hospital Daerah Semporna untuk menuntut mayat anggota kumpulan mereka.
SEBENARNYA :
Pengarah Hospital Daerah Semporna, Dr. Amran menafikan dakwaan laporan bahawa empat lelaki bersenjata M-16 dipercayai pengganas Sulu, datang ke Hospital Daerah Semporna untuk menuntut mayat anggota kumpulan mereka.
Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Supritendan Mohd. Firdaus Francis Abdullah berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kehadiran empat individu bersenjata di Hospital Daerah Semporna dan menegaskan supaya tidak terlalu mudah percaya dengan khabar angin serta meminta pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan sebar berita palsu.
SUMBER :
Utusan Online