Tentera Sulu Masuk Guna Terowong?

TULAR:
1167

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa tentera penceroboh Sulu telah membuat perancangan rapi ketika memasuki kampung itu termasuk membina terowong bawah tanah. Penceroboh dikatakan menggunakan jentera pengorek untuk menggali lubang seolah-olah sedang mencari emas tetapi didakwa helah membina kubu dan terowong bagi dijadikan tempat persembunyian apabila diserang.

Gambar hiasan. Sumber: Google


SEBENARNYA :

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib menafikan dakwaan bahawa penceroboh dari selatan Filipina berjaya memasuki Kampung Tanduo menerusi terowong bawah tanah yang dibina sejak November lepas.

Beliau menegaskan bahawa tiada sebarang maklumat mengenai kewujudan terowong itu. Beliau melanjutkan bahawa tentera tidak menemui terowong bawah tanah tersebut semasa mengadakan serangan udara.

SUMBER :

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI