Pengganas Sulu Bersenjatakan M-16 Datang Ke Hospital Daerah Semporna Untuk Menuntut Mayat Anggota Kumpulan Mereka?

TULAR:
592

PALSU: 

Tular di media sosial dakwaan kononya terdapat empat lelaki bersenjatakan M-16 dipercayai pengganas Sulu, datang ke Hospital Daerah Semporna untuk menuntut mayat anggota kumpulan mereka.

Gambar hiasan. Sumber: orangsabahan.blogspot.my

SEBENARNYA :

Pengarah Hospital Daerah Semporna, Dr. Amran menafikan dakwaan laporan bahawa empat lelaki bersenjata M-16 dipercayai pengganas Sulu, datang ke Hospital Daerah Semporna untuk menuntut mayat anggota kumpulan mereka.

Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Supritendan Mohd. Firdaus Francis Abdullah berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kehadiran empat individu bersenjata di Hospital Daerah Semporna dan menegaskan supaya tidak terlalu mudah percaya dengan khabar angin serta meminta pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan sebar berita palsu.

SUMBER : 
Utusan Online


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI