Pengguna Jalan Raya Disaman Kerana Menggunakan Aplikasi ‘Waze’ Ketika Memandu?

TULAR:
1008

PALSU:

Tular di media sosial satu rakaman suara  yang mendakwa kononya pemilik rakaman suara itu telah disaman kerana menggunakan aplikasi Waze ketika memandu.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Pengguna jalan raya yang rakaman suaranya tular di laman sosial dan mendakwa dia disaman kerana menggunakan aplikasi Waze sebenarnya dikenakan tindakan itu kerana memegang telefon bimbit ketika memandu.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, pihaknya menyemak dan meneliti perkara itu selepas gambar saman dan rakaman suara orang kena saman tular di media sosial.

“Saya dah semak dan teliti. Dia disaman sebab guna telefon bimbit (sebelah tangan memegang telefon bimbit) ketika memandu. Bukan isu menggunakan aplikasi Waze atau apa sahaja aplikasi dalam  telefon bimbit. Jika telefon bimbit diletak pada pemegang atau di ‘dashboard’ tidak menjadi kesalahan.”

SUMBER:

Sinar Harian

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI