PALSU:
Tular di media sosial beberapa gambar yang didakwa kononnya dikeluarkan dan digunakan oleh pihak JPN.
SEBENARNYA:
Menurut kenyataan pihak JPN:
Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) adalah dengan ini menafikan penglibatan JPN mahupun anggota kerja JPN dalam isu yang tular di media sosial berkaitan urusan permohonan daftar Kad Pengenalan di Sabah. Beberapa gambar borang-borang berkaitan urusan pendaftaran Kad Pengenalan yang disebarkan adalah BUKAN dokumen rasmi yang dikeluarkan dan digunakan oleh JPN bagi tujuan pendaftaran.
SUMBER: