Cubaan Culik Seorang Kanak-Kanak Di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam?

TULAR:
892

PENJELASAN:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan kononnya berlaku cubaan penculikan seorang kanak-kanak di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Kandungan mesej yang tular tersebut adalah seperti berikut:

“COPY PASTE: CUBAAN CULIK DI MASJID SHAH ALAM

REMINDER

Tadi, 19/05/2019 anak saudara saya berumur 5 tahun hampir di culik di Masjid Shah Alam (Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz) . Kejadian berlaku berhampiran tempat rak kasut dekat dgn escalator lobi tu. Ade lelaki konon2 berlegar2 nak masuk masjid tp mencari bdk2 utk di culik. dia dah pegang tangan anak saudara saya dan dah tutup mulut dia. nasib baik kakak ipar saya sampai ontime dan lelaki tu tinggalkn anak saudara saya dan lari keluar dari perkarangan masjid.

Harap semua berjaga jaga keselamatan anak2, org2 ni dah nampak peluang dekat masjid bulan ramadhan ni ramai bdk2 main dan berkumpul. Kakak ipar saya tgh traumatize but tgh dptkan kekuatan nk pergi buat report polis sekejap lagi.

STAY SAFE SEMUA!”

Sumber gambar: Facebook

Polis menafikan kejadian culik yang didakwa berlaku di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, kejadian itu bukan kejadian culik sebaliknya hanyalah salah faham.

“Ibu kanak-kanak lelaki autisme berusia 5 tahun menyangkakan anaknya mahu diculik selepas melihat seorang lelaki memegang tangan anaknya itu di pekarangan masjid.

“Laporan polis diterima daripada wanita berusia 31 tahun itu yang mendakwa anaknya dilihat bersama seorang lelaki pada jam 8.25 malam ketika mahu pulang ke rumah dari masjid terbabit.”

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI