Penjelasan Video Jemaah Lelaki Dan Wanita Bercampur Saf

TULAR:
1100

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM):

Tular sebuah video yang memaparkan jemaah solat yang bercampur saf antara lelaki dan wanita yang mendapat reaksi kurang senang dalam kalangan netizen. Video berkenaan diyakini dirakam dan disiarkan oleh salah seorang peserta program Kem Ibadah Nusantara baru-baru ini yang diadakan di Cameron Highland anjuran bersama JAKIM, UIA, Persatuan Insaf Pahang (NGO Komuniti Hijrah LGBT) dan beberapa agensi dan IPT lain.

Peserta adalah majoriti kumpulan transgender yang hadir secara sukarela. Ada yang sudah berhijrah dan ada yang dalam proses berhijrah. Ada juga dalam kalangan mereka yang masih mirip rupa paras dan penampilan serta pakaian seorang wanita.

Ketika solat berjemaah, kelihatan berlaku pencampuran jantina kerana golongan mak nyah masih dikira lelaki mengikut jantina asalnya.

Proses untuk mendidik dan membetulkan cara hidup mereka mengambil sedikit masa. Mohon sama-sama kita doakan.

SUMBER:

Facebook Rasmi JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI