Penjelasan Berhubung Penjualan Pelekat Kereta Dengan Kalimah Allah dan Muhammad

TULAR:
22

Menurut Kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN):

Tular semula di media sosial penyebaran video lama berkenaan penjualan pelekat kereta di premis MR DIY yang mempunyai cetakan kalimah Allah dan Muhammad.

Pihak MR DIY telah mengeluarkan arahan untuk menarik semula barangan tersebut dari semua cawangannya.

Sehubungan dengan itu, satu tindakan segera telah diambil dengan menarik balik produk berkaitan dari premis berkenaan.

Pihak MR DIY juga telah berunding dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkenaan panduan pengurusan baki inventori yang ada.

Atas persetujuan bersama, produk tersebut telah diserahkan kepada KDN untuk dilupuskan secara mulia dan tertib mengikut prosedur yang ditetapkan.

SUMBER:

Facebook Rasmi MR DIY (2024)

Facebook Rasmi KPDN

MStar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI