Paparan Gambar e-LMM Berlainan Di Aplikasi MyJPJ Kerana Masalah Teknikal

TULAR:
289

Menurut Kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia:

JPJ mengambil maklum dan memohon maaf berhubung isu paparan gambar pemilik Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) yang berlainan dengan maklumat pemilik sebenar.

Jabatan ini ingin menjelaskan bahawa, perkara tersebut berlaku ketika pasukan teknologi maklumat melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sistem yang dibuat secara berkala bagi memastikan kelestarian sistem MyJPJ.

Jabatan ini ingin memaklumkan bahawa perkara ini telah diambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan serta merta.

Jabatan ini juga ingin mengesahkan dan memberi jaminan bahawa tiada sebarang unsur penyalahgunaan sistem mahupun kecurian identiti maklumat pemegang lesen memandu sebaliknya segala maklumat adalah terpelihara dan selamat.

SUMBER:

Facebook Rasmi JPJ


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI