JAKIM Seru Penerbit Semak Kandungan Buku Agama Dengan Pihak Berautoriti

TULAR:
3

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM):

Susulan kontroversi kesilapan buku agama ditulis seorang pempengaruh, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyokong penuh kenyataan tegas YB Senator Dr Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) agar pihak Penerbit buku memelihara kesucian Islam selain buku-buku agama wajib disemak pihak berautoriti untuk dipastikan kesahihan kandungan buku tersebut.

Setiap penulis buku perlu bertanggungjawab penuh kepada buku yang ditulis. Selain itu, semua Penerbit yang menerbitkan buku kandungan agama, secara dalaman perlu bertanggungjawab melantik pasukan pakar dan kakitangan berkelulusan pengajian Islam untuk membuat semakan kepada semua kandungan agama sebelum diterbitkan.

JAKIM ingin mengesyorkan kepada pihak Majlis Buku Kebangsaan Malaysia agar sentiasa memberikan peringatan kepada semua Penerbit agar lebih cermat serta berhati-hati apabila menerbitkan kandungan buku melibatkan teks Al-Quran dan hadis.

JAKIM bersama pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri bersedia untuk memberikan panduan dan bimbingan kepada semua Penerbit buku kandungan agama.

SUMBER:

Facebook Rasmi JAKIM

Instagram Rasmi JAKIM

X Rasmi JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI