Makluman: STEM Showcase Bersempena Karnival Minggu Sains Negara 2026 Zon Utara

TULAR:
4

Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI):

YBhg. Dato’ Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah meluncurkan STEM Showcase bersempena Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2026 Zon Utara yang berlangsung di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Jit Sin II, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2026 merupakan inisiatif MOSTI dalam memperkukuh pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta meningkatkan minat masyarakat terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pembelajaran secara tidak formal, pameran interaktif, bengkel, pertandingan dan pelbagai aktiviti berteraskan inovasi.

Dalam ucapannya, Program Minggu Sains Negara 2026 adalah antara usaha memperluaskan akses masyarakat kepada STI, memperkukuh budaya inovasi serta melahirkan bakat tempatan yang berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran teknologi masa hadapan.

Menurut beliau lagi, antara fokus utama penganjuran MSN 2026 ialah memperluaskan pendekatan pembelajaran secara amali (hands-on), menggalakkan penyelesaian masalah melalui pendekatan pelbagai disiplin serta meningkatkan pendedahan kepada teknologi baharu termasuk Kecerdasan Buatan (AI). Kali ini MOSTI membawakan Sains Rakyat dan Advokasi Nuklear sebagai elemen baharu dalam Karnival MSN 2026.

Karnival Minggu Sains Negara 2026 Zon Utara juga menghimpunkan pelbagai pengisian menarik termasuk bengkel STEM, pameran korporat, teknologi AI dan automasi, Zon Penerokaan STEM serta pertandingan STEM yang memberi peluang kepada masyarakat, khususnya pelajar, untuk meneroka, berinteraksi dan menghayati aplikasi sains, teknologi dan inovasi dalam kehidupan seharian.

SUMBER:

Facebook Rasmi MOSTI

Instagram Rasmi MOSTI

X Rasmi MOSTI


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI