
Menurut Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES):
Malaysia menyatakan komitmen untuk memperkukuh kerjasama serantau dalam pembangunan industri mineral kritikal melalui penyertaan dalam ASEAN Minerals Investment Forum (AMIF) 2026.
Perkara tersebut disampaikan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, semasa Mesyuarat Meja Bulat Menteri bersempena Kongres Perlombongan Sedunia (WMC) 2026 di Lima, Peru.
Menurut beliau, platform ini bertujuan menggalakkan pelaburan, memperkukuh rantaian bekalan mineral kritikal serta menyokong pembangunan industri bernilai tinggi di rantau ASEAN.
Dalam mesyuarat tersebut, para peserta turut membincangkan usaha mempercepat pembangunan sektor mineral kritikal, meningkatkan pemprosesan dan nilai tambah dalam negara, serta menggalakkan amalan perlombongan yang mampan dan bertanggungjawab.
Selain itu, negara-negara yang terlibat turut menekankan kepentingan penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), automasi, sistem pemantauan masa nyata serta amalan tadbir urus yang baik bagi meningkatkan daya saing industri perlombongan.
Malaysia turut menyatakan sokongan terhadap kerjasama antarabangsa yang telus, inklusif dan saling menguntungkan bagi memastikan rantaian bekalan mineral kritikal kekal mampan dan berdaya tahan.
SUMBER:






