
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa portal rasmi KKM kini sedang mengalami gangguan akses yang dipercayai berpunca daripada insiden keselamatan siber.
Menurut KKM, siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian, manakala tindakan pemulihan sistem turut dilaksanakan bagi memastikan portal rasmi kementerian dapat beroperasi semula secepat mungkin.
KKM turut memaklumkan bahawa pihaknya memandang serius insiden ini dan sedang bekerjasama rapat dengan agensi-agensi berkaitan bagi memperkukuhkan aspek keselamatan sistem serta mengelakkan kejadian seumpama ini daripada berulang.
Sepanjang tempoh gangguan, orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat rasmi melalui saluran media sosial rasmi KKM serta platform komunikasi rasmi kementerian yang lain.
KKM turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami dan menghargai kesabaran serta kerjasama semua pihak sementara usaha pemulihan dijalankan. Sebarang perkembangan lanjut berhubung perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
SUMBER:






