Kadar Pertukaran USD/MYR Yang Diterbitkan Oleh Google Pada 15 Mac 2024 Adalah Tidak Tepat

TULAR:
229

Menurut kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM):

BNM tegas menolak data tidak tepat mengenai kadar pertukaran ringgit yang sedang tersebar menerusi media sosial berdasarkan kadar pertukaran USD/MYR yang salah diterbitkan oleh Google pada 15 Mac 2024. Maklumat ini tidak tepat dan tidak mencerminkan dagangan sebenar.

Pada 15 Mac 2024, kadar pertukaran USD/MYR berada pada 4.7015 pada pukul 9 pagi dan 4.7045 pada pukul 5 petang dengan kadar intrahari tinggi pada 4.7075 dalam pasaran antara bank tempatan bagi ringgit, seperti yang diterbitkan dalam laman sesawang BNM.

Sepanjang dua minggu yang lalu (1 – 15 Mac 2024), nilai ringgit telah mengukuh sebanyak 0.76% berbanding dengan dolar AS.

Jadual 1: Kadar pertukaran USD/MYR yang disiarkan dalam laman sesawang BNM

Sumber: Kadar Intrahari USD/MYR Antara Bank

Insiden ini merupakan kali kedua Google menerbitkan data kadar pertukaran USD/MYR yang tidak tepat pada tahun 2024.

SUMBER:

Laman Rasmi BNM

Facebook Rasmi BNM

Instagram Rasmi BNM

X Rasmi BNM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI