
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):
KKM menegaskan larangan penjualan dan pengiklanan produk makanan ASGG Gluta Genc Glow Gummies selepas ia dikesan tidak mematuhi Akta Makanan 1983.
KKM memaklumkan produk tersebut dikesan mengandungi bahan aktif Glutathione, yang tidak tersenarai di bawah Daftar 1, Jadual Ke-12, Peraturan 26, Peraturan-Peraturan Makanan (PPM) 1985.
Hasil semakan KKM mendapati produk tersebut dipasarkan melalui beberapa platform e-dagang termasuk Shopee, Lazada dan TikTok.
KKM menegaskan bahawa di bawah Seksyen 13B(2)(d) Akta Makanan 1983, makanan tidak dibenarkan diadunkan dengan bahan yang penambahannya tidak dibenarkan oleh akta atau mana-mana peraturan di bawahnya.
Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.
KKM menasihatkan semua peniaga termasuk peniaga dalam talian yang masih mempunyai stok produk tersebut agar menghentikan serta-merta penjualan semua produk tersebut dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan.
KKM turut mengingatkan orang ramai yang sedang menggunakan produk tersebut agar menghentikan penggunaan serta-merta dan mendapatkan nasihat serta rawatan daripada ahli profesional kesihatan.
SUMBER:
BERNAMA






