Perintah Berkurung Untuk Remaja Berusia Dibawah 18 Tahun?

TULAR:
1756

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengeluarkan arahan berkaitan perintah berkurung remaja di bawah umur 18 tahun.

Summer Gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menafikan ada mengeluarkan arahan berhubung larangan terhadap kanak-kanak dan remaja di bawah usia 18 tahun berada di luar rumah pada waktu malam. Kementerian itu menegaskan bahawa maklumat berkenaan yang tular di aplikasi WhatsApp dan didakwa dikeluarkan kementerian itu sebelum ini adalah palsu.

“KPWKM tidak mengeluarkan apa-apa arahan berhubung perkara itu. Pihak kementerian memohon semua pihak tidak menyebarkan maklumat palsu ini.”

Sumber:

Facebook KPWKM

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI