Jangan Pamer Kertas Undi Pos Di Media Sosial

TULAR:
1737

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak berkongsi atau mempamer kertas undi di media sosial.

Sumber gambar: Suruhanjaya Pilihan Raya

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan:

Berikutan penularan gambar kertas undi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.078 Cameron Highlands di media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mendapati bahawa gambar tersebut adalah kertas undi pos yang telah dikeluarkan kepada pengundi pos pada 13 Januari lalu.

SPR menegaskan bahawa tindakan penularan gambar kertas undi tersebut merupakan satu kesalahan dan tuduhan pihak tertentu yang mengatakan bahawa SPR telah mengeluarkan kertas undi sebelum hari pengundian adalah merupakan satu fitnah dan berniat jahat.

SPR mengingatkan kepada para pengundi dan semua pihak agar sentiasa menjaga kerahsiaan dan tidak mempamerkan kertas undi mana-mana pilihan raya kepada umum sama ada di laman media sosial dan lain-lain kerana ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan tersebut sekiranya disabit boleh dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang.

SUMBER:

Laman Rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI