PENJELASAN:
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memperjelaskan persoalan bahawa PERKESO tidak lagi mengeluar dan mengedarkan Borang Bayaran Caruman Bulanan, atau Borang 8A berbentuk fizikal kepada majikan bermula 1 Januari 2018.
Ketua Eksekutifnya Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata pembayaran caruman bulanan hanya boleh dibuat melalui portal ‘Automated Socso Integrated System’ (ASSIST) sahaja bermula dengan caruman bulan Januari 2018.
Menurut beliau, “Majikan perlu berdaftar sebagai pengguna ASSIST terlebih dahulu dengan mendapatkan borang pendaftaran di pejabat Perkeso, atau memuat turun borang tersebut dari laman sesawang Perkeso di www.perkeso.gov.my/portal.”
SUMBER: