PENJELASAN:
Jabatan Imigresen Malaysia Sabah memperjelaskan laporan susulan rakaman video yang memaparkan warga asing menyerbu Pejabat Unit Khas Jabatan Imigresen yang mengagihkan borang IMM13 di bangunan Wisma Dang Bandang, Sabah.
Jabatan Imigresen Sabah menghentikan serta-merta penerimaan permohonan pendaftaran anak-anak pemegang kad IMM13 di Sabah dan Labuan.
Menurut Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk Musa Sulaiman, “Dimaklumkan bahawa permohonan pendaftaran anak-anak kepada pemegang kad IMM13 dihentikan serta-merta mulai hari ini (12 Oktober 2018) di Sabah dan Labuan.”
SUMBER: