Perogol Bersiri dan Penjualan Organ Berleluasa di Malaysia dan Sempadan Thailand?

TULAR:
1437
Sumber gambar : PDRM

PALSU:

Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya kegiatan penjualan organ dan rogol bersiri berleluasa di Malaysia dan Sempadan Thailand. Aktiviti tersebut didakwa dilakukan oleh seorang pelajar yang menuntut di UiTM Jengka.

Versi Terkini. Tular: Oktober 2017

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Julai 2017

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA:

Polis menafikan sebaran maklumat kononnya berlaku aktiviti rogol dan penjualan organ yang dilakukan oleh penuntut UiTM Jengka, Maran Mohd Afiq Rosli.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mazlan Hassan berkata, tiada laporan polis dibuat membabitkan jenayah yang dilakukan lelaki berkenaan di daerah Maran.

Menurut beliau, “Saya sahkan ia palsu (sebaran maklumat yang tular). Saya tidak tahu apa motif ia disebarkan hingga menjadi tular”.

SUMBER:

Harian Metro

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI