LHDNM Mengeluarkan Artikel Berkenaan Analisa Pengurusan Hasil Negara?

TULAR:
565

PENJELASAN :

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memperjelaskan dakwaan sebuah mesej yang dikitar semula yang mendakwa kononnya pihak LHDNM telah mengeluarkan artikel analisa pengurusan hasil negara yang kononnya dari Group LHDN sepertimana yang tular di media sosial.

Versi Terkini. Tular: Oktober 2017

Sumber gambar: Facebook.

Versi Terdahulu. Tular: Ogos 2017

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Oktober 2016

Sumber gambar: Facebook

Menurut LHDNM, pihak mereka telah mengesan satu artikel berkenaan dengan pengurusan hasil negara yang kononnya dari Group LHDN menjadi tular semula melalui aplikasi Whatsapp dan platform media sosial. Sebelum ini artikel yang sama turut menjadikan tajuk “Analisa Bajet 2017” yang turut mengaitkan LHDNM sebagai sumber penulisannya.

Menurut rekod pihak LHDNM, artikel berkenaan telah ditularkan secara bermusim sejak tahun 2015 lagi dan beberapa penafian telah dikeluarkan oleh LHDNM sebelum ini kerana ia secara sengaja mengaitkan nama LHDNM. Aduan rasmi telah dikemukakan kepada Biro Aduan Pengguna MCMC, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia dan sedang dalam peringkat siasatan oleh pihak berkuasa berkenaan.

Justeru itu, LHDNM sekali lagi ingin menafikan bahawa artikel tersebut dikeluarkan oleh LHDNM atau bersumberkan mana-mana pegawai LHDNM. LHDNM berpandangan artikel tersebut dikaitkan dengan LHDNM secara tidak bertanggungjawab dan ditularkan semata-mata bertujuan untuk menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat dengan analisa ekonomi yang tidak tepat.

 

SUMBER :

LHDNM

Facebook Kementerian Kewangan

MREM Bernama

Bernama

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI