PENJELASAN :
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memperjelaskan laporan bahawa berikutan perubahan monsun dari barat ke timur khususnya di pantai timur dan barat laut negara, bekalan ikan kini berkurangan.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim berkata, meskipun jumlah tangkapan ikan berkurangan kerana perubahan monsun daripada barat ke timur khususnya di pantai timur dan barat laut negara, namun bekalan tetap mencukupi berkat usaha berterusan Nekmat.
“Maklumat yang saya perolehi daripada Nekmat menjelaskan ketika ini bekalan ikan stabil iaitu sebanyak 880 metrik tan. Bekalan ini ada di semua pusat pengumpulan persatuan itu.
“Saya juga ingin jelaskan ikan kembong di dalam simpanan Nekmat ialah sebanyak 45 metrik tan. Jumlah ini sememangnya mencukupi terutama ketika menghadapi musim perayaan,” katanya.