Ramai Penternak Ayam Di Malaysia Telah Gulung Tikar?

TULAR:
1095

PENJELASAN :

Jabatan Veterinar Malaysia memperjelaskan laporan bahawa ramai penternak ayam di Malaysia telah gulung tikar, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: RTM.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar memperjelaskan bahawa kenyataan ramai penternak ayam di negara ini gulung tikar adalah tidak tepat. Ketua Pengarahnya Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata, ini kerana sehingga kini hanya 38 daripada 2,676 penternak ayam yang berdaftar atau 1.4 peratus, ditutup atas pelbagai faktor.

Selain itu katanya, harga siling ayam juga telah dihapuskan sejak 2004 dan harga ayam bulat (Super dan Standard) runcit hanya dikawal oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada musim perayaan.

Beliau juga berkata sehingga 1 Julai lalu, tidak ada kes positif penyakit berkaitan unggas (HPAI) selama tiga bulan dan Malaysia telah menghantar data untuk pengesyoran Negara Bebas HPAI daripada Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia.

Beliau berkata dakwaan bahawa permintaan melebihi pengeluaran juga tidak benar kerana kadar sara diri bagi pengeluaran ayam pedaging ialah pada kadar 107 peratus manakala untuk penelur pada 113 peratus.

SUMBER :

Jabatan Veterinar

Facebook Jabatan Veterinar

Bernama

Berita RTM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI