Pisang Goreng Dicampur Dengan Kapur Siling?

TULAR:
5135

PENJELASAN :

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan dakwaan bahawa seorang peniaga pisang goreng telah menggunakan kapur siling sebagai ramuan dalam pisang goreng yang dijualnya.

Sumber gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan berkata, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan siasatan ke atas premis yang menjual pisang goreng tersebut dan mendapati tepung rangup yang digunakan telah dibekalkan oleh sebuah kilang di Kuala Lumpur. Pihak mereka turut mendapati bahawa pihak kilang telah tersilap menggunakan kertas pembungkus kapur siling untuk membungkus tepung rangup berkenaan.

Menurutnya, KKM telah mengarahkan pihak kilang untuk menarik balik kesemua tepung rangup yang telah dibungkus dengan kertas pembungkus kapur siling dari pasaran.

 

SUMBER :

Ketua Pengarah Kesihatan

Bernama

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI