PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa Petroliam Nasional Berhad (Petronas) akan melepaskan gas dan bahan toksik merbahaya berikutan kerja-kerja ‘plant shutdown’.
SEBENARNYA :
Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menafikan dakwaan akan melepaskan gas dan bahan toksik akibat kerja-kerja ‘plant shutdown’, yang menjadi menular di laman sosial facebook dan aplikasi WhatsApp.
Pengurus Komunikasi dan Perhubungan Media Petronas Wilayah Pantai Timur, Zamri Mohamad berkata, pihaknya meminta orang ramai supaya menghentikan penyebaran mesej tersebut yang hanya akan menimbulkan kebimbangan bagi penduduk yang tinggal di kawasan Paka dan Kerteh.
SUMBER :