Kejadian Rompak Dan Rogol Oleh Dua Lelaki Menyamar Kakitangan TNB?

TULAR:
651

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa terdapat insiden rompak dan rogol oleh dua orang lelaki yang menyamar sebagai kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Bukit Merah, Perak.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, sebaran maklumat mengenai kejadian rompak dan rogol oleh penjenayah menyamar kakitangan TNB di Kampung Bukit Merah, Perak adalah palsu, dan tiada sebarang laporan kejadian itu diterima pihaknya sehingga kini.

Katanya, polis turut menerima sebaran itu dan semakan mengesahkan tiada kes seumpama itu dilaporkan.

“Hasil siasatan menunjukkan tiada sebarang laporan diterima pihak polis. Bila tiada laporan dibuat, pastinya kes itu tidak berlaku dan saya minta mesej viral tidak disebarkan bagi mengelakkan salah faham orang ramai.”

SUMBER :

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI