Gula-gula Jaw-Q Mengandungi Dadah?

TULAR:
2873

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa gula-gula Jaw-Q mengandungi dadah serta boleh mengakibatkan ketagihan di kalangan kanak-kanak.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA :

Kewujudan gula-gula ‘pening’ dengan nama Jaw-Q di laman sosial yang didakwa mengandungi dadah serta boleh mengakibatkan ketagihan dalam kalangan kanak-kanak adalah palsu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, pihaknya sudah dimaklumkan berhubung perkara itu yang menjadi viral di laman sosial namun masih tiada laporan diterima daripada orang ramai.

SUMBER :

Facebook PDRM Malaysia

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI