Pihak Imigresen Lepas Tangan Kes Individu Dera Pembantu Rumah?

TULAR:
386

PENJELASAN:

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali memperjelaskan dakwaan bahawa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang dikatakan melarikan diri daripada prosedur mahkamah akibat mendera pembantu rumah sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali,Jabatan Imigresen menyenarai hitam individu berkenaan selepas gagal tampil ke mahkamah semalam bagi menghadiri prosiding permohonan semakan berhubung hukuman bon berkelakuan baik terhadapnya kerana menyebabkan kecederaan parah pembantu rumah warga Indonesia.

“Mahkamah mengarahkan pihak Jabatan Imigresen menyekat individu tersebut dari ke luar negara. Bagaimanapun, kita sedang menyemak status di mana individu tersebut berada, sama ada di dalam atau luar negara.”

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Imigresen

Utusan Online


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI