Kemalangan Lori Dan Tumpahan Minyak Di Lebuhraya KL-Karak?

TULAR:
1327

PENJELASAN:

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat kemalangan lori dan tumpahan minyak di Lebuhraya KL-Karak yang melibatkan tanker Shell sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar : Twitter

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), tularnya mesej kemalangan lori dan tumpahan minyak di Lebuhraya KL-Karak tiada kaitan dengan gambar yang melibatkan lori Shell.

LLM menyatakan kejadian tersebut berlaku pada tahun 2016 dan meminta orang ramai untuk memberhetikan penularan insiden lama tersebut.

SUMBER:

Laman Facebook Rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI