PENJELASAN :
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memperjelaskan dakwaan bahawa plaza tol dibawah kendalian PLUS adalah tidak selamat digunakan berikutan insiden angin kencang serta ribut sehingga menyebabkan siling Plaza Tol Bukit Raja runtuh sepertimana yang hangat diperkatakan.
Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismai, PLUS telah menjalankan pemeriksaan terperinci di semua 92 plaza tol kendaliannya di seluruh negara, dan walaupun terdapat beberapa plaza tol yang perlu ditambah baik, namun kesemuanya berada dalam keadaan yang baik pada ketika ini.
“Kami juga telah membuat pemeriksaan yang serupa di semua plaza tol untuk memastikan integriti yang ditetapkan. Buat masa ini, kami dapat beri kepastian bahawa integriti plaza tol berada dalam keadaan baik. Namun, ada plaza-plaza tol yang perlu diadakan penambahbaikan.”
SUMBER :
Astro Awani